Peminat Qurratu Bengkung

MINYAK WANGI INSPIRASI JENAMA ANTARANBANGSA PhotobucketPhotobucket
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
--->SELAMAT DATANG<---
ke
Yuslaily Yunos Inspire(001741399-V)
Kini, walau sudah lebih 11 tahun kilangnya, Yuslaily Yunos Inspire beroperasi dan mengeluarkan bengkung berjenama Qurratu' Bengkung dan Yuslaily Yunos Corset, permintaan sentiasa ada dan berterusan.
Hampir semua Syarikat Kosmetik,Spa,dan Pengeluar Produk Bengkung mendapat bekalan daripada syarikat Yuslaily Yunos Inspire

Yuslaily Yunos Inspire (YYI) amat mengalu-alukan sesiapa sahaja di seluruh dunia yg hendak menjadi PENGEDAR SAH Qurratu Bengkung dgn modal serendah RM200 ..
Sila Hubungi Marketing Executive YYI : Halim Nadzeri- 017-3387140
Terima kasih kerana sudi melawat blog kami jangan lupa untuk ORDER sekali ;)

cari dan suka FB : Qurratu Bengkung-Yuslaily Yunos Inspire

untuk order online sila isi borang klik sini

atau sila sms Halim Nadzeri 017-3387140

untuk lihat gambar klik sini

Jangan Lepaskan Promosi Menarik Hari INI
Klik Untuk Maklumat Penuh
Jom Jana Pendapatan $$$ Bersama Churp2 campaign image Mari kita 'Kia' dengan KiaOptima # baru kerana ia adalah lebih bergaya! 1oi0axb2op1ps9v108m08zncf025zkd1 Raikan Tahun Baru ini, gaya Red Carpet Rz7gh60hav6q76guhyloqcunyezhrwiy Bawa semangat 1Malaysia di seluruh Eropah! campaign image PERCUMA iPad apabila anda memandu uji d Polo, Golf atau PassatPqbg2fuerzp2bt0y3lu7ewhxxp0t9odi iPad 2 penuh gaya

'Ramai ketawakan hasrat saya dulu'


DIDIK...Yuslaily dan suami turut menerapkan ilmu perniagaan di kalangan tiga anak perempuannya.
DIDIK...Yuslaily dan suami turut menerapkan ilmu perniagaan di kalangan tiga anak perempuannya.
SEMANGATNYA tidak mudah patah meskipun ramai yang mentertawakan Yuslaily Yunos kala menyuarakan hasrat untuk mengubah kehidupannya dan keluarga kira-kira 16 tahun lalu.
Bagi mereka, apalah yang boleh dilakukan oleh remaja berusia 17 tahun terutama baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) selain bekerja mengikut pengkhususan yang diambil ketika berada di sekolah vokasional atau memohon pekerjaan di kilang sementara menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Namun, keputusan Yuslaily untuk lari daripada norma karier yang pernah dilakukan abang serta kakaknya mengundang pelbagai reaksi di kalangan ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang kebanyakannya lebih terarah kepada pandangan negatif.

   
  • FotoTIDAK PATAH SEMANGAT...Yuslaily nekad mengubah kehidupannya dan keluarga dengan membina perniagaan sendiri.
  • Foto
"Selepas tamat peperiksaan SPMV di Sekolah Menengah Vokasional Kajang, Selangor (jurusan penyejukan dan penyamanan udara), arwah ibu minta saya mencari kerja di kilang dalam Kawasan Perindustrian Beranang memandangkan ia berhampiran rumah kami.

"Tapi, pelbagai alasan saya berikan kerana saya sama sekali tidak berminat untuk bekerja di kilang kerana merasakan saya berpotensi untuk melakukan sesuatu yang berbeza bagi memperbaiki kehidupan diri sendiri dan keluarga.

"Saya tidak pernah memperlekehkan pekerjaan di kilang, malah saya amat menghormati dan menyanjung tinggi abang dan kakak saya yang pernah mencari rezeki bekerja sebagai pekerja kilang.


"Saya hanya ingin mengubah persepsi di kalangan ahli keluarga bahawa walaupun kita bukan orang berada, kita masih ada pilihan dan masih lagi boleh mengubah keadaan.

"Bagi saya, kita tidak berserah semata-mata kepada takdir, tapi kita perlu berusaha ke arahnya dan itulah yang saya cuba lakukan bagi mengubah kualiti kehidupan sendiri dan keluarga," katanya.

Biarpun ramai yang mempertikaikan dan mengejek hasratnya untuk melakukan sesuatu yang berbeza daripada rakan sebaya, wanita berasal dari Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang ini terus yakin dia mampu mengukir kejayaan tersendiri.

Penghijrahannya ke Kuala Lumpur nyata membuka banyak laluan kepada Yuslaily meneroka pelbagai peluang tatkala bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah firma arkitek terkemuka negara.

"Walaupun hanya sebagai penyambut tetamu, skop pengetahuan saya makin luas dan ia banyak membantu saya lebih mengenal diri, berani dan yakin berhadapan dengan orang korporat.

"Kebetulan ketika itu banyak projek utama negara dijalankan oleh syarikat, jadi saya dapat mengambil sedikit ilmu dan pengalaman daripada beberapa arkitek di pejabat itu.

"Bermula daripada situ, saya mula menetapkan impian untuk meningkatkan taraf kehidupannya menerusi bidang perniagaan dan tidak lagi bergantung kepada kerja makan gaji," katanya.

Peluang bagaikan datang bergolek kepadanya selepas itu apabila ada seorang kerani yang sarat mengandung memerlukan perkhidmatan urut selepas bersalin. Atas kekangan bajet yang disuarakan kerani itu, Yuslaily terus menawarkan khidmat itu walaupun tidak pernah mengurut orang lain selain ahli keluarganya.

"Disebabkan saya anak ke-11 dalam keluarga dan mempunyai ramai adik-beradik perempuan, saya yang sering menjadi pembantu arwah nenek setiap kali kakak saya bersalin.

"Saya membantu arwah menjaga dan merawat mereka ketika berpantang. Jadi, ilmu perbidanan itu secara tidak langsung saya warisi dan saya praktikkan ke atas ahli keluarga yang lain," tambahnya.

Promosi mulut ke mulut akhirnya membawa Yuslaily menjelajah serata tempat di seluruh Malaysia sehingga ke Singapura, Indonesia, China, Thailand dan Arab Saudi. Dengan kudrat yang ada serta yakin dengan kemampuannya, wanita peramah ini mengambil keputusan memulakan perniagaan berteraskan penjagaan badan selepas bersalin yang jarang diusahakan orang lain ketika itu.

Berbekalkan kemahiran berkomunikasi yang diperolehnya ketika bekerja sebagai penyambut tetamu sebelum ini, usahawan muda ini bertemu beberapa pengusaha jamu di seluruh Malaysia untuk menjadi pembekal produk bengkung syarikat mereka.

"Saya pernah membuka spa di Ampang beberapa tahun lalu, tapi tidak berjaya kerana wujud pelbagai masalah birokrasi. Lalu, saya terus mendapat idea untuk menjalankan perniagaan yang boleh membantu golongan ibu mengembalikan bentuk tubuh mereka selepas bersalin.

"Atas bantuan suami yang turut terbabit dalam perniagaan, kami memulakan perniagaan bengkung ini secara kecil-kecilan sebelum kami berjaya mendapatkan lebih ramai pelanggan dari syarikat besar.

"Kini syarikat saya, Qurratu Millionaires Group menjadi pengilang, pengeluar dan pembekal bengkung terbesar di Malaysia. Selain menghasilkan bengkung untuk syarikat popular tempatan, saya turut mengeluarkan jenama sendiri, Qurratu Eksklusif dengan beberapa pengedar di Semenanjung Malaysia," katanya.

Impiannya untuk mengubah kehidupan keluarga akhirnya tercapai dan ilmu perniagaannya kini dititipkan di kalangan tiga puterinya, Qurratu' Aini, 12, Qurratu' Aina, 10, dan Qurratu Aqilah yang baru berusia lima tahun.

Anak sulungnya giat menjalankan perniagaan telekung kanak-kanak, anak kedua dengan perniagaan tudung dan si bongsu pula menghasilkan tasbih. Semua produk mereka dijual secara dalam talian.

"Pada awalnya saya dan suami yang memberikan idea untuk mereka memulakan perniagaan sendiri. Apabila sudah menyesuaikan diri, kami kini hanya memantau aktiviti perusahaan mereka dengan memikirkan kaedah yang lebih inovatif bagi memasarkan produk mereka.

"Walaupun mereka seronok menjalankan perniagaan ini, kami tetap mementingkan pelajaran mereka dan mereka masih menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Biasanya mereka hanya sibuk melakukan aktiviti perniagaan ini pada hari minggu dan cuti sekolah," kata Yuslaily lagi.

Banyak hasil produk puterinya ditempah orang kenamaan, jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menyumbangkan telekung, tudung dan tasbih kepada rumah anak yatim, ibu tunggal, majlis agama dan sebagai cenderamata majlis perkahwinan.



>Profil
NAMA: Yuslaily Yunos
TARIKH LAHIR: 26 April 1977
ASAL: Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang, Selangor Darul Ehsan
ADIK-BERADIK: Anak ke-11 daripada 12 beradik
STATUS: Berkahwin dengan Muhammad Hairul Afiq Abdullah, tiga anak perempuan.
JAWATAN: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Qurratu Millionaires Group (pengilang, pengeluar dan pengedar bengkung terbesar di Malaysia).
LAMAN WEB: www.qurratu.com

kod kunci

♥ UNTUK TEMPAHAN ♥

Jika ada sebarang pertanyaan .Sila Hubungi Marketing Executive YYI : - Halim Nadzeri : 017 - 3387140 (MELAYAN PELANGAN 24JAM)
Status YM